Wednesday, October 27, 2010

Aktiviti Lepasan SPM

Sebagaimana yang korang semua tahu lepas habis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pastinya bosan dan tidak tahu untuk membuat apa-apa aktiviti,tapi saya tidak begitu.Lepas tamat sahaja peperiksaan tersebut saya terus mencari peluang pekerjaan yang terdapat di sekitar hulu langat.Pelbagai pekerjaan saya minta,pelbagai temuduga saya hadiri.Hari berganti hari,namun pada hari yang berikutnya ada suatu panggilan telefon yang tidak mengetahui latar belakangnya.haha.saya menjawab panggilan tersebut rupa-rupanya pengurus dari syarikat 7eleven telah menawarkan pekerjaan kepada saya dan pada hari berikutnya beliau meminta saya hadir untuk ditemuduga.aww.begitu gembiranya saya tak terkata(padahal belum sah lagi jadi pekerja).Keesokan harinya saya datang dengan berkemeja,berseluar jean dan wajib sekali memakai kasut,yelah takkan temuduga pakai selekeh pastuh selipar jepun memang dapatlah kan kerja tuh nati.Saya melangkah masuk ke stor 7e tersebut lalu saya terpandang seorang lelaki yang mirip kawan saya semasam di tingkatan 3.Rupa-rupanya betul kawan saya yang sudah lama tidak berjumpa maklumlah lepas PMR dia pindah ke sekolah teknik kajang.Sedang kami sedap berbual-bual giliran kawan saya masuk ke bilik pengurusan untuk ditemuduga.Selepas itu,giliran saya dan saya lah orang terakhir yang ditemuduga.memang tak gelisah lah kan nak mengahadap pengurus tuh.haha.Masuknya saya ke dalam bilik tersebut lalu pengurus tersebut bertanyakan pelbagai soalan seperti kenalkan diri awak,kalau awak dapat tawaran bekerja sanggupkah awak kerja lebih masa(mestilah sanggup asalkan dapat duit)haha.Habislah masa temuduga tersebut lalu pengurus tuh kata nanti saya kol awak,awak jangan tidak angkat pula.keesokannya saya menunggu panggilan pengurus tersebut,pada pukul 3.40petang pengurus tersebut menelefon saya dan beliau memaklumkan saya dapat tawaran tersebut.ohh indahnya dunia.haha.Mula saya bekerja di 7e tersebut shif saya tiga hari pukul 9pagi-5petang.Selepas itu saya sering mendapat shif pagi pukul 7-3(memang mengantuk waktu macam ni)hhaha.Sedar tak sedar rupanya kawan yang saya jumpa masa temuduga tersebut dia pun dapat juga kerja macam saya.saya selalu bekerja dengan dia pada shif malam,memang seronok lah kan stor tuh macam kiteorang punya tapi agak menyeramkan lah juga kerana keadaan di sekeliling gelap dan hanya stor kami yang berlampu.hoho.Kalau nak tahu saya bekerja di 7e tersebut selama 3 atau 4 bulan sebab selepas itu saya dengan kawan saya tuh merancang pergi percutian sambil melepaskan tekanan ke Sabah.Pada tarikh yang dirancang kami terus berlepas ke Sabah.First time saya pergi sabah.memang gembira tak terkata.Selepas tiba di Sabah,pakcik kepada kawan saya tersebut mengambil kami lalu membawa ke tempat penginapan kami di rumah bomba tapi bukan calang2 tau rumah tuh ada pengahawa dingin.haha.Pada keesokan paginya kami keluar ke bandar menaiki bas kalau kat semenanjung tapi sabah kiteorang naik van yang memang disumbat ramai-ramai dan bunyi boleh tahan bisng juga lah nak buat macam mana dah tiada kenderaan lain untuk dinaiki terpaksalah nak tak nak kena naik jugak.tibanya di bandar kami berempat berjalan-jalan pusing bandar tersebut,singgah mengambil udara yang nyaman di tanjung aru.lepas tuh pergi makan dekat pasar mana entah saya pun dah lupa tapi agak takut lah juga maklumlah saya orang luar bila datang negeri orang je dipandang seperti mahu makan saya.tenungan yang begitu tajam,hanya mampu saya buat tunduk dan berdiam diri.haha.Pada waktu malam kami pergi ke GSC tapi sana bukan GSC tau lupa lah nama panggung dia apa.Filem yang kiteorang tengok JANGAN TEGUR.haha.memang semua cas-cas tak takut,ada yanb buat-buat tidur lah padahal bila sound effect bunyi berdentum terkejut dibuatnya.haha.Selepas 3hari 2malam kami di Sabah lalu kami pulang ke semenanjung kalau ikut nak duduk lama tapi nak buat macam mana duit tinggal untuk tambang balik sahaja.haha.Di Sabah banyak kenangan manis saya perolehi bersama mereka dan kenangan pahit juga ada tau kerana di ganggu NYAH.haha.sekian terima kasih daripada saya^.^